SYARAT-SYARAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM EJEN &
DROPSHIP HIMAYYA
1) WAJIB MENDAFTAR
Yuran pendaftaran dikenakan untuk ejen.
Untuk Mini Dropship, HQ menawarkan yuran percuma untuk musim ini
2) WAJIB MEMPUNYAI ONLINE BANKING
Setiap peniaga online wajib mempunyai ONLINE BANKING untuk memudahkan
urusan transaksi pembayaran.
Langkah pembayaran :
1) Pelanggan akan membuat pembayaran kepada akaun dropship
2) Dropship akan membuat transaksi pembayaran kepada akaun Himayya
menerusi platform pembelian
*sila buat pembayaran melalui Billpliz/Senangpay online seperti yang tertera
yang dinyatakan dalam system Himayya Biz.
3) WAJIB MEMPUNYAI TELEGRAM
Info sebarang produk akan dimuatnaik ke dalam telegram Himayya | CW2^
samaada mengenai jenis design ,material ,harga tudung dan pelbagai maklumat lain.
4) WAJIB MEMPUNYAI INTERNET YANG LAJU
Semakan stock mengenai semua design dan submit order mestilah melalui laman
himayya.biz
5) WHATSAPP
Sebarang info juga akan dikemaskini melalui WHATSAPP agar dropship tidak
ketinggalan dengan sebarang info yang disampaikan.
*PERINGATAN :
(1) Segala masalah dan pertanyaan boleh terus menerusi CUSTOMER SERVICE
mengikut saluran nombor CS yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.
(2) Sekecil-kecil masalah pun tidak dibenarkan sesekali up ke dalam GROUP. Group
hanya untuk update produk sahaja.
(3) Tidak dibenarkan promote apa-apa yang bukan berkaitan dengan Himayya ke dalam
GROUP
(4) Sila jaga adab. Membawang adalah tidak dibenarkan.
6) FACEBOOK
Sila request untuk join group FB HIMAYYA MONEY MAKER untuk mengetahui lebih
banyak ilmu dan sharing agar tidak ketinggalan untuk belajar perlbagai tips berbisnes
online .
(link fb group)
*Akan ada soalan yang meminta password ,selepas request ,dan anda (dropship) perlu
jawab soalan semasa request ke dalam group.
*PERINGATAN :Dilarang share link kepada orang lain ! Hanya Dropship dan Ejen
HIMAYYA sahaja dibenarkan dalam group tersebut.
7) TIDAK MENURUN dan MENAIKKAN HARGA
HIMAYYA melarang sekeras-kerasnya bagi sesiapa yang tidak mematuhi syarat-syarat
yang ditetatpkan seperti menurunkan dan menaikkan harga sesuka hati, membuat promosi
yang tidak selari dengan promosi yang HQ tetapkan .
AMARAN KERAS ! Kemungkinan boleh dibuang dari join DROPSHIP HIMAYYA
serta-merta
8) DILARANG MENGGUNAKAN NAMA HIMAYYA
Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan nama HIMAYYA untuk akaun social seperti
facebook, instagram dan lain-lain jika menjual produk yang lain dalam satu akaun. Ini
supaya tidak menimbulkan kekeliruan pelanggan yang lain berkenaan produk yang dijual.
*AMARAN ! Dilarang menggunakan nama HIMAYYA HQ atau berkaitan dengan HQ
9) PEMAHAMAN TENTANG PROSES POS OUT
Setiap dropship perlulah peka dalam memahami tentang process pos out yang ditetapkan
oleh HIMAYYA HQ. Process POS OUT mengambil masa 3-5hari bekerja (bukan
penerimaan)
10) Wajib patuh dan peka
Setiap dropship wajib patuh dan peka dengan setiap info yang disampaikan samaada dari
WHATSAPP, FACEBOOK,HIMAYYA BIZ mahupun TELEGRAM